Saturday, 27 May 2017

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)

PROGRAM SEKOLAH RAKAN
ALAM SEKITAR (SERASI)

SEKOLAH KEBANGSAAN KIDURONG II, BINTULU.


PENDAHULUAN
Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Keperibadian dan persepsi pelajar terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan dengan lebih mudah dan berkesan di sekolah kerana pendekatan yang digunapakai adalah secara holistik, iaitu melalui kurikulum dan kokurikulum.
Sekolah-sekolah di Sarawak, sama ada di peringkat Sekolah Menengah atau Rendah, telah sekian lama melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai alam sekitar di kalangan warganya bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli di negeri ini.
Bagi menghargai usaha-usaha murni ini, maka pengiktirafan berupa Anugerah SERASI telah diperkenalkan semenjak tahun 2004.

KONSEP SERASI
SERASI adalah pendekatan menyeluruh yang membabitkan individu di pelbagai peringkat di sekolah, masyarakat setempat, agensi kerajaan, sektor swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Ianya memberi penekanan terhadap aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat sekolah untuk jangka masa panjang melalui amalan mesra alam di sepanjang masa. Ia memberi sokongan dan memperkukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas kurikulum di sekolah.
SERASI memberi penekanan dalam bidang pengurusan, kokurikulum, penghijauan sekolah, dan kebersihan serta keindahan persekitaran sekolah. Dengan itu, ia akan mewujudkan sekolah mesra alam sekitar yang kondusif sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya mampu mempengaruhi komuniti sekolah serta masyarakat luar demi memastikan pembangunan mapan di Sarawak.

 OBJEKTIF SERASI
Objektif Anugerah SERASI adalah untuk:
a) Mengiktiraf dan menghargai usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam pendidikan dan penjagaan alam sekitar;
b) Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di peringkat sekolah;
c) Memupuk sikap positif dan nilai cintakan alam sekitar di kalangan pelajar dan masyarakat setempat;
d) Membentuk dan membangunkan persekitaran persekolahan yang memberi penekanan kepada penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar; dan
e) Mewujudkan kerjasama antara agensi kerajaan, masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam usaha penjagaan alam sekitar.


VISI DAN MISI SERASI 

VISI : Sekolah Kebangsaan Kidurong II menjadi sekolah yang bersih, ceria dan kondusif persekitarannya.

MISI : Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan tanggungjawab pendidikan alam sekitar kepada warga sekolah dan komuniti sekitarnya melalui pelaksanaan program SERASI yang mantap dan berkesan.

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) SEKOLAH KEBANGSAAN KIDURONG II, BINTULU. PENDAHULUAN Sekolah merupakan tempat yang pa...